Organisasi Gehlen

Organisasi Gehlen atau Org Gehlen adalah sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan pada Jun 1946 oleh pihak berkuasa A.S. di Zon Pendudukan Amerika Syarikat di Jerman, dan terdiri daripada bekas-bekas anggota Jabatan Ke-12 Staf Am Tentera Darat Jerman (Fremde Heere Ost, atau FHO). Ia membawa nama Wehrmacht Generalmajor Reinhard Gehlen, ketua perisikan tentera Jerman Nazi di Barisan Timur semasa Perang Dunia II.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy